Friday 7 October 2011

Dilema Jurutera Wanita



"Women engineers who perform in highly feminine ways are likely to be considered incompetent and women engineers are seen as unfeminine (Powell, 2009)"

Ini adalah petikan kesimpulan dari sebuah artikel tulisan Powell et.al, 2009. Secara ringkas menunjukkan betapa besarnya dilema yang di hadapi oleh jurutera wanita (women engineers).

Kalau terlalu kewanitaan, dikatakan bukan jurutera yang baik dan tidak kompeten. Tapi apabila berjaya menjadi jurutera yang hebat, dikatakan wanita itu tidak feminin, kelakian dan kasar.

Moga ada penyelesaian bagi isu ini.

Wednesday 16 February 2011

Teori Pembangunan Kerjaya

Teori Pembangunan Kerjaya (Career Development Theory)

Terdapat pelbagai rujukan teori tentang pembangunan kerjaya, perkembangan kerjaya dan mungkin ada yang memanggilnya peningkatan kerjaya. Walau apapun panggilannya, ianya adalah tentang kerjaya, pekerjaan seseorang dalam menyara hidup diri sendiri, pasangan dan mungkin juga keluarga.

Maka, kita ingin sekali melihat bagaimana kerjaya seseorang itu dipilih dan menjadi sebahagian daripada hidupnya. Jika kita bekerja di waktu pejabat yang biasa, iaitu 8jam sehari daripada 24 jam yang kita ada, bermakna ia mengambil masa 1/3 dari satu hari. bayangkan, jika kita hidup selama 60 tahun, 20 tahun kita habiskan untuk bekerja sahaja. Maka, pemilihan kerjaya adalah sesuatu yang kritikal bagi seseorang itu. Jika dia tersalah pilih kerjaya, maka dia menghabiskan hidupnya selama 20tahun dengan kerjaya yang tidak pantas untuknya..kasihan kan? :p

Oleh itu, mari kita lihat teori-teori yang berkaitan dengan perkembangan kerjaya ini.

TEORI GINZBERG, GINSBURG, AXELRAD DAN HERMA (1951)

berikut adalah apa yang dikatakan oleh mereka;

Pilihan Vokasional - (1) Faktor realiti, (2) Faktor proses pendidikan, (3) Faktor Emosi, (4) Nilai Individu.