Friday 23 July 2010

Ulasan buku. Pekerja Malaysia berpendidikan menegah yang memberi sumbangan terbesar kepada ekonomi.


Malam ini saya meneruskan pembacaan saya dan telah memilih buku berjudul Pembangunan Pembangunan Sumber Manusia dalam Era K-Economy yang saya pinjam daripada Perpusatakaan Hamzah Sendut 2, USM, yang mengumpulkan pelbagai aspek kajian berkaitan dengan Pembangunan Sumber Manusia.

Bab9 buku ini bertajuk Modal Manusia dan Sumbangannya Terhadap Pertumbuhan Ekonomi yang ditulis oleh Selamah Maamor & Rizaudin Sahlan.

Isi kajiannya amat menarik perhatian saya apabila secara signifikan menunjukkan bahawa sumbangan pekerja yang berpendidikan lanjutan iaitu diperingkat tertiari seperti Diploma, Degree, Master dan PhD hanya memberi sumbangan kecil kepada ekonomi negara manakala pekerja yang sekadar mempunyai pendidikan menengah seperti sekolah menengah atau berkelulusan SPM adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.

Sub-topik bab9 ini turut membahaskan tentang Pencapaian Pendidikan Sebagai Proksi Modal Manusia. Aras pendidikan yang dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti (1) tiada pendidikan, (2) Pendidikan rendah, (3) Pendidikan menengah dan (4) Pendidikan lanjutan. Secara umum dengan lebih ramai yang berpendidikan lanjutan di sesebuah negara, maka negara tersebut dianggap mempunyai modal manusia yang lebih hebat dan seterusnya menjana kekayaan negara dengan lebih banyak.

Namun begitu aras pendidikan tenaga kerja sesebuah negara bukanlah kayu pengukur yang tepat bagi setiap negara kerana sistem pendidikan di setiap negara adalah berbeza-beza dan tidak standard. Seperti Indonesia, jangka masa minimum untuk mendapatkan Ijazah Bachelor Degree adalah 4tahun, manakala di Malaysia minima adalah 3tahun. maka sudah pasti pengisisan yang dilakukan bagi melayakkan graduan itu merangkul segulung ijazah adalah berbeza. Maka sumabnagnnya kepada ekonomi juga adalah berbeza.

Negara mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi merealisasikian perkara ini, pengeluaran barangan perlu ditingkatkan. Pengeluaran barangan memerlukan tenaga kerja dan teknologi yang baik. Modal manusia yang berpendidikan, teknologi dan kreatif adalah penting bagi menghasilkan teknologi yang hebat bagi menghasilkan produktiviti yang menjana ekonomi negara.

Sumbangan buruh dengan pendidikan menengah adalah tinggi kerana mereka sering melibatkan diri secara langsung dengan produktiviti negara dimana mereka bekerja di sektor-sektor pembuatan. Malang sekali, tenaga mahir yang berpendidikan lanjutan dengan kelulusan akademik yang tinggi seperti Master dan PhD yang sedikit bilangannya ini lebih cenderung dalam bidang akademik, pengurusan dan pentadbiran yang tidak memberikan sumbangan yang signifikan kepada ekonomi.

Justeru itu, sistem pendidikan negara kita haruslah dikaji dengan teliti bagi memastikan penawaran kursus di pusat pengajian tinggi adalah selaras dan memang diperlukan oleh pasaran kerja seterusnya memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Hari ini kita masih mengimport teknologi kerana tiada tenaga kerja mahir profesional yang mampu mencipta teknologi yang diperlukan. Semoga hari esok, kita mampu menyediakan kepakaran kita sendiri dengan pendidikan yang tinggi seterusnya memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment