Friday 23 July 2010

Pembangunan Modal Insan dan Talent Pool

Pembangunan Modal Insan datang dalam pelbagai bentuk dan antaranya ialah Kumpulan Bakat (Talent Pool). Talent Pool ini bukanlah suatu perkara baru di Malaysia kerana banyak organisasi dan syarikat yang telah melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dengan apa yang dikatakan Talent Pool ini. Antaranya adalah Tenaga Nasional, Sime Darby, Telekom Malaysia dan Petronas yang memberi tawaran biasiswa dan seterusnya mengikat pelajar di bawah tajaannya untuk bekerja dengannya untuk tempoh tertentu. Dengan demikian ianya memudahkan organisasi-organisasi ini untuk membuat pemilihan dan pengambilan bekerja kerana bakat yang diperlukan telah dikumpulkan sejak awal.


Petronas adalah sebuah organisasi yang dilihat paling aktif dan cemerlang dalam melaksanakan Talent Pool ini dengan kewujudan empat Institusi Pendidikan dan Latihan sendiri, iaitu; Universiti Teknologi Petronas (UTP), Akademi Laut Malaysia (ALAM), Petronas Management Training Centre (PERMATA), dan Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP). Selain daripada itu, terdapat juga program sponsorship Petronas sebagaimana berikut; Foreign University Sponsorship (untuk pelajar Malaysia belajar di luar negara), Universiti Teknologi PETRONAS Sponsorship (untuk pelajar UTP), Malaysian University Sponsorship (untuk pelajar Malaysia di universiti tempatan), Secondary School Scholarship (untuk pelajar sekolah lepasan UPSR dan PMR).


Universiti Teknologi Petronas (UTP) dirasmikan pada tahun 1997 adalah suatu bentuk komitmen penuh Petronas dalam usaha pembangunan modal insan bertaraf dunia. Visi Malaysia adalah menjadi negara maju pada tahun 2020. Dalam mewujudkan aspirasi ini, negara perlu memastikan ketersediaan modal insan yang berkualiti khususnya di bidang ilmu pengetahuan, teknik dan teknologi. Kini, usaha kerajaan dalam membangunkan tenaga kerja berketerampilan dalam negera harus dilengkapi dengan penyertaan aktif daripada sektor swasta

No comments:

Post a Comment