Thursday 22 July 2010

MEB, RMK-10 dan Wawasan 2020


Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) adalah dua bentuk agenda kerajaan ke arah menyokong dan menjayakan Wawasan 2020 di mana Malaysia dimartabatkan sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Jelasnya adalah ketiga-tiga agenda kerajaan ini diterajui oleh teras yang pelbagai dan kepelbagaian teras ini termasuklah Pembangunan Modal Insan sebagai antara pemangkin utama ke arah pencapaian matlamat MEB, RMK-10 dan Wawasan 2020.


Manusia adalah aset terpenting bagi sesebuah organisasi dan negara. Manusia bukan sekadar sumber yang digunapakai dan akhirnya habis, tetapi manusia adalah suatu bentuk modal yang boleh dicari, disimpan, dilaburkan dan dibangunkan, oleh itu ia dipanggil sebagai Modal Insan.


Istilah “Modal Insan” (Human Capital) dipopularkan di Malaysia oleh mantan Perdana Menteri ke-lima, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi walaupun istilah tersebut telah lama wujud(Amini Amir Abdullah, 2006). Modal insan merupakan elemen terpenting di mana ia adalah tonggak utama dalam menggerakkan aktiviti, dan program pembangunan negara.


Di dalam MEB dapat dilihat bahawa permasalahan yang timbul adalah di mana kita (Malaysia) hari ini tidak membangunkan bakat daripada modal insan yang ada malah apa yang dimiliki pula pergi meninggalkan kita. Perkara ini di situasi kritikal apabila kadar penghijrahan rakyat Malaysia yang mahir meningkat dengan pantas dan bilangan ekspatriat yang bekerja di negara ini semakin merosot. Pada masa yang sama sistem pendidikan negara ini juga tidak menghasilkan kemahiran yang diperlukan oleh firma.


Manakala RMK-10 turut membincangkan secara khusus tentang isu Modal Insan ini di Bab 5, Membangun dan Mengekekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia. Peruntukan yang besar diletakkan bagi aktiviti dan program pembangunan Modal Insan, iaitu sebanyak 40% berbanding cuma 22% peruntukan daripada RMK-9. Hal ini menunjukkan kerajaan hari ini serius dalam membangunkan Modal Insan yang bertaraf dunia.

No comments:

Post a Comment