Saturday 24 July 2010

Malaysia Melangkah Ke Hadapan (Feb,1991)


Penulisan kali ini adalah sekadar mahu memetik beberapa ayat yang saya gemari dari buku tulisan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Berikut adalah petikan tersebut;

"Daripada pengalaman ekonomi yang menakjubkan selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua negara yang dulunya terbatas 'sumber alamnya', maka amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta, daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya Malaysia mestilah memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang amat penting ini"
(Malaysia Melangkah Ke Hadapan; hal. 20-21)

Saya amat menyokong dan bersetuju penuh dengan pernyataan tersebut. Benar, ia menceritakan tentang penjajah-penjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Mereka tidak mempunyai sumber alam yang berharga, tidak seperti kita pada ketika itu kaya dengan getah, timah, rempah dan pelbagai lagi hasil bumi, sumber alam. Tetapi pada ketika itu penjajah-penjajah ini mempunyai sumber manusia, intelektual yang hebat dan kerana itulah mereka mampu menjelajah dan menjajah seluruh dunia. Dengan kekuatan sumber manusia, mereka mampu menjadi negara maju jauh dari awal dari negara kita. Bukan mahu memperlekeh negara sendiri, tanah air tercinta. Tetapi lihatlah sumber manusia kita ketika kita dijajah dahulu. Kita tiada pendidikan, mudah diperbodoh dan diperguna. Tetapi apabila kita mula melahirkan intelektual seperti Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan ramai lagi, kita mula mendapat sinar untuk MERDEKA~!!~terbukti sumber manusialah yang menjadi nadi utama kejayaan sesebuah negara. Maka perhatian khusus perlulah diberikan kepada Pembangunan Sumber Manusia atau Modal Insan ini.

1 comment:

  1. sewaktu buku ini dilancarkan, saya baru berumur 4tahun. Hari ini umur saya mencecah 23 tahun, tetapi saya merasakan isi kandungannya masih relevan hingga ke hari ini.

    ReplyDelete