Sunday 25 July 2010

Cerita China

Cerita China dan cerita kita (Malaysia) hampir sama.
Hari ini pembacaan saya diterukan dengan artikel yang ditulis oleh Denis Fred Simon dan Cong Cao bertajuk "Creating an Innovative Talent Pool" yang di download dari EBSCOHost.

Apa yang sama? China turut menghadapi masalah kekurangan sumber manusia dan bakat intelektual yang berkualiti. China kekurangan tenaga kerja, sumber manusia. Malah yang ada pergi meninggalkan China, tidak pulang berkhidmat di negara sendiri.

China juga kini bergerak ke arah 'knowledge-based economy' dimana inovasi dan bakat adalah pemacu utama ekonomi dan kemajuan teknologi. 'knowledge-based economy' memerlukan perkumpulan bakat (Talent pool) yang dilengkapi dengan saintis berkualiti tinggi, jurutera, dan profesional kompeten yang lain.

Kekurangan bakat di China disebabkan 4 faktor yang telah dikenal pasti;

Satu: Pelajar China yang belajar di luar negara tidak pulang ke China. Ramai saintis hebat dari China kekal berkerja dengan negara barat. pada tahun 2008, cuma 27.96% pelajar yang belajar di luar negara China pulang ke China.
Dua: Sistem Pendidikan terdahulu yang berlaku di sekitar tahun 1966-76 memberi kesan kepada bakat-bakat yang ada pada hari ini.
Tiga: Perubahan komposisi demografi di mana rakyat China pada hari ini semakin 'tua' yang bermaksud ramai yang lebih barumur dikalangan populasi China. peratusan pekerja China yang berada diperingkat umur bersara adalah sama banyak dengan yang sedang berada di pusat pengajian tinggi.
Empat: Graduan China tidak menepati standard kualiti antarabangsa. Lebih separuh daripada satu juta pelajar kejuruteraan yang bergraduat pada tahun 2008 setelah 3tahun belajar kekurangan kemahiran dan pengetahuan jika dibandingkan dengan graduan yang menamatkan pelajaran selama 4-5tahun di nagara-negara lain. Secara signifikan juga graduan China sukar mendapatkan kerja yang berkaitan dengan latihan yang mereka perolehi ketika balajar.

Saturday 24 July 2010

Malaysia Melangkah Ke Hadapan (Feb,1991)


Penulisan kali ini adalah sekadar mahu memetik beberapa ayat yang saya gemari dari buku tulisan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Berikut adalah petikan tersebut;

"Daripada pengalaman ekonomi yang menakjubkan selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua negara yang dulunya terbatas 'sumber alamnya', maka amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta, daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya Malaysia mestilah memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang amat penting ini"
(Malaysia Melangkah Ke Hadapan; hal. 20-21)

Saya amat menyokong dan bersetuju penuh dengan pernyataan tersebut. Benar, ia menceritakan tentang penjajah-penjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Mereka tidak mempunyai sumber alam yang berharga, tidak seperti kita pada ketika itu kaya dengan getah, timah, rempah dan pelbagai lagi hasil bumi, sumber alam. Tetapi pada ketika itu penjajah-penjajah ini mempunyai sumber manusia, intelektual yang hebat dan kerana itulah mereka mampu menjelajah dan menjajah seluruh dunia. Dengan kekuatan sumber manusia, mereka mampu menjadi negara maju jauh dari awal dari negara kita. Bukan mahu memperlekeh negara sendiri, tanah air tercinta. Tetapi lihatlah sumber manusia kita ketika kita dijajah dahulu. Kita tiada pendidikan, mudah diperbodoh dan diperguna. Tetapi apabila kita mula melahirkan intelektual seperti Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan ramai lagi, kita mula mendapat sinar untuk MERDEKA~!!~terbukti sumber manusialah yang menjadi nadi utama kejayaan sesebuah negara. Maka perhatian khusus perlulah diberikan kepada Pembangunan Sumber Manusia atau Modal Insan ini.

Friday 23 July 2010

Ulasan buku. Pekerja Malaysia berpendidikan menegah yang memberi sumbangan terbesar kepada ekonomi.


Malam ini saya meneruskan pembacaan saya dan telah memilih buku berjudul Pembangunan Pembangunan Sumber Manusia dalam Era K-Economy yang saya pinjam daripada Perpusatakaan Hamzah Sendut 2, USM, yang mengumpulkan pelbagai aspek kajian berkaitan dengan Pembangunan Sumber Manusia.

Bab9 buku ini bertajuk Modal Manusia dan Sumbangannya Terhadap Pertumbuhan Ekonomi yang ditulis oleh Selamah Maamor & Rizaudin Sahlan.

Isi kajiannya amat menarik perhatian saya apabila secara signifikan menunjukkan bahawa sumbangan pekerja yang berpendidikan lanjutan iaitu diperingkat tertiari seperti Diploma, Degree, Master dan PhD hanya memberi sumbangan kecil kepada ekonomi negara manakala pekerja yang sekadar mempunyai pendidikan menengah seperti sekolah menengah atau berkelulusan SPM adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.

Sub-topik bab9 ini turut membahaskan tentang Pencapaian Pendidikan Sebagai Proksi Modal Manusia. Aras pendidikan yang dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti (1) tiada pendidikan, (2) Pendidikan rendah, (3) Pendidikan menengah dan (4) Pendidikan lanjutan. Secara umum dengan lebih ramai yang berpendidikan lanjutan di sesebuah negara, maka negara tersebut dianggap mempunyai modal manusia yang lebih hebat dan seterusnya menjana kekayaan negara dengan lebih banyak.

Namun begitu aras pendidikan tenaga kerja sesebuah negara bukanlah kayu pengukur yang tepat bagi setiap negara kerana sistem pendidikan di setiap negara adalah berbeza-beza dan tidak standard. Seperti Indonesia, jangka masa minimum untuk mendapatkan Ijazah Bachelor Degree adalah 4tahun, manakala di Malaysia minima adalah 3tahun. maka sudah pasti pengisisan yang dilakukan bagi melayakkan graduan itu merangkul segulung ijazah adalah berbeza. Maka sumabnagnnya kepada ekonomi juga adalah berbeza.

Negara mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi merealisasikian perkara ini, pengeluaran barangan perlu ditingkatkan. Pengeluaran barangan memerlukan tenaga kerja dan teknologi yang baik. Modal manusia yang berpendidikan, teknologi dan kreatif adalah penting bagi menghasilkan teknologi yang hebat bagi menghasilkan produktiviti yang menjana ekonomi negara.

Sumbangan buruh dengan pendidikan menengah adalah tinggi kerana mereka sering melibatkan diri secara langsung dengan produktiviti negara dimana mereka bekerja di sektor-sektor pembuatan. Malang sekali, tenaga mahir yang berpendidikan lanjutan dengan kelulusan akademik yang tinggi seperti Master dan PhD yang sedikit bilangannya ini lebih cenderung dalam bidang akademik, pengurusan dan pentadbiran yang tidak memberikan sumbangan yang signifikan kepada ekonomi.

Justeru itu, sistem pendidikan negara kita haruslah dikaji dengan teliti bagi memastikan penawaran kursus di pusat pengajian tinggi adalah selaras dan memang diperlukan oleh pasaran kerja seterusnya memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Hari ini kita masih mengimport teknologi kerana tiada tenaga kerja mahir profesional yang mampu mencipta teknologi yang diperlukan. Semoga hari esok, kita mampu menyediakan kepakaran kita sendiri dengan pendidikan yang tinggi seterusnya memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara.

Pembangunan Modal Insan dan Talent Pool

Pembangunan Modal Insan datang dalam pelbagai bentuk dan antaranya ialah Kumpulan Bakat (Talent Pool). Talent Pool ini bukanlah suatu perkara baru di Malaysia kerana banyak organisasi dan syarikat yang telah melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dengan apa yang dikatakan Talent Pool ini. Antaranya adalah Tenaga Nasional, Sime Darby, Telekom Malaysia dan Petronas yang memberi tawaran biasiswa dan seterusnya mengikat pelajar di bawah tajaannya untuk bekerja dengannya untuk tempoh tertentu. Dengan demikian ianya memudahkan organisasi-organisasi ini untuk membuat pemilihan dan pengambilan bekerja kerana bakat yang diperlukan telah dikumpulkan sejak awal.


Petronas adalah sebuah organisasi yang dilihat paling aktif dan cemerlang dalam melaksanakan Talent Pool ini dengan kewujudan empat Institusi Pendidikan dan Latihan sendiri, iaitu; Universiti Teknologi Petronas (UTP), Akademi Laut Malaysia (ALAM), Petronas Management Training Centre (PERMATA), dan Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP). Selain daripada itu, terdapat juga program sponsorship Petronas sebagaimana berikut; Foreign University Sponsorship (untuk pelajar Malaysia belajar di luar negara), Universiti Teknologi PETRONAS Sponsorship (untuk pelajar UTP), Malaysian University Sponsorship (untuk pelajar Malaysia di universiti tempatan), Secondary School Scholarship (untuk pelajar sekolah lepasan UPSR dan PMR).


Universiti Teknologi Petronas (UTP) dirasmikan pada tahun 1997 adalah suatu bentuk komitmen penuh Petronas dalam usaha pembangunan modal insan bertaraf dunia. Visi Malaysia adalah menjadi negara maju pada tahun 2020. Dalam mewujudkan aspirasi ini, negara perlu memastikan ketersediaan modal insan yang berkualiti khususnya di bidang ilmu pengetahuan, teknik dan teknologi. Kini, usaha kerajaan dalam membangunkan tenaga kerja berketerampilan dalam negera harus dilengkapi dengan penyertaan aktif daripada sektor swasta

Thursday 22 July 2010

MEB, RMK-10 dan Wawasan 2020


Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) adalah dua bentuk agenda kerajaan ke arah menyokong dan menjayakan Wawasan 2020 di mana Malaysia dimartabatkan sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Jelasnya adalah ketiga-tiga agenda kerajaan ini diterajui oleh teras yang pelbagai dan kepelbagaian teras ini termasuklah Pembangunan Modal Insan sebagai antara pemangkin utama ke arah pencapaian matlamat MEB, RMK-10 dan Wawasan 2020.


Manusia adalah aset terpenting bagi sesebuah organisasi dan negara. Manusia bukan sekadar sumber yang digunapakai dan akhirnya habis, tetapi manusia adalah suatu bentuk modal yang boleh dicari, disimpan, dilaburkan dan dibangunkan, oleh itu ia dipanggil sebagai Modal Insan.


Istilah “Modal Insan” (Human Capital) dipopularkan di Malaysia oleh mantan Perdana Menteri ke-lima, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi walaupun istilah tersebut telah lama wujud(Amini Amir Abdullah, 2006). Modal insan merupakan elemen terpenting di mana ia adalah tonggak utama dalam menggerakkan aktiviti, dan program pembangunan negara.


Di dalam MEB dapat dilihat bahawa permasalahan yang timbul adalah di mana kita (Malaysia) hari ini tidak membangunkan bakat daripada modal insan yang ada malah apa yang dimiliki pula pergi meninggalkan kita. Perkara ini di situasi kritikal apabila kadar penghijrahan rakyat Malaysia yang mahir meningkat dengan pantas dan bilangan ekspatriat yang bekerja di negara ini semakin merosot. Pada masa yang sama sistem pendidikan negara ini juga tidak menghasilkan kemahiran yang diperlukan oleh firma.


Manakala RMK-10 turut membincangkan secara khusus tentang isu Modal Insan ini di Bab 5, Membangun dan Mengekekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia. Peruntukan yang besar diletakkan bagi aktiviti dan program pembangunan Modal Insan, iaitu sebanyak 40% berbanding cuma 22% peruntukan daripada RMK-9. Hal ini menunjukkan kerajaan hari ini serius dalam membangunkan Modal Insan yang bertaraf dunia.