Saturday 5 June 2010

Sekitar Model Ekonomi Baru

Apabila saya membaca Ringkasan Esekutif MODEL EKONOMI BARU, terdapat tiga perkara yang benar-benar menarik perhatian saya:

Pertama:
Kita tidak membangunkan bakat dan apa yang dimiliki pula pergi meninggalkan kita.
Pendapat:
Modal Insan di Malaysia kini sangat kritikal. Kita tidak begitu membangunkan modal insan yang kita ada. Malah modal insan yang kita ada tidak setaraf dengan yang ada di negara lain.
Kita ada tenaga kerja mahir, lulusan sarjana muda, sarjana dan juga kedoktoran yang semakin bertambah. Mereka ini kita gelar tenaga kerja mahir. tetapi taraf tenaga kerja mahir kita, graduan kita adakah setaraf dengan tenaga kerja mahir dan graduan luar negara? persoalan-persoalan sebegini harus diketengahkan supaya Pembangunan Modal Insan negara kita benar-benar membangun.
Masalah lebih parah apabila graduan muda sendiri memilih untuk bekerja di luar negara kerana mahukan gaji yang lebih tinggi akibat gaji di dalam negara adalah rendah apatah lagi yang sudah berpengalaman dan berkemahiran tinggi mencari rezeki di luar negara. Pepatah melayu "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri" seolah-olah tidak relevan lagi. Hal ini ada serius dania perlu diberi perhatian rapi.

Kedua:
Aset yang paling berharga - Manusia
Pendapat:
Manusia bukanlah sumber, tetapi aset. Kerana itu kita sekarang sering mendengar istilah Modal Insan atau Human Capital bagi menggantikan Sumber Manusia atau Human Resource. Manusia adalah aset, atau harta yang kita punyai,yang kita miliki dan harus pertahankan. Mempertahankan aset yang ada haruslah dengan membangunkan aset tersebut dengan pendidikan serta kemahiran yang selaras dengan keperluan global bagi menjadikan modal insan kita mempunyai bakat yang didambakan.

Ketiga:
IPS 2 - Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing.
Pendapat:
Isu tenaga kerja asing di Malaysia bukanlah perkara baru malah didapati kian parah. Negara kita telah mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing ini, termasuklah baru-baru ini dengan menaikkan gaji pengawal keselamatan dan keputusan untuk tidak akan menyambung kontrak pengawal warga asing yang sedia ada.
Walaubagaimanapun, itu hanyalah tindakan yang boleh menyekat tenaga kerja asing untuk bekerja dan menggalakkan warga tempatan bekerja dalam bidang tersebut. Namun begitu apakah tindakan untuk memastikan tenaga kerja tempatan adalah berkualiti dan mampu menggantikan tenaga kerja asing. Ianya bukan hanya diperingkat pekerjaan profesional malah diperingkat yang lebih rendah seperti sektor pembantu rumah di mana terdapat saranan untuk membina institut khas untuk pembantu rumah dan diberikan sijil khas untuk bekerja sebagai pembantu rumah bukan sekadar membasuh baju dan menyapu rumah malah termasuk berkemahiran mengajar anak-anak membaca Al-Quran. Maka sistem pendidikan dan latihan adalah tunggak utama bagi merealisasikan perkara ini.

No comments:

Post a Comment