Saturday 5 June 2010

Petronas dan Pembangunan Modal Insan


Hari ini, kita sering menyebut tentang pembangunan modal insan (pembangunan sumber manusia). Di Malaysia, sesuatu yang perlu diketengahkan adalah istilah 'Talent Pool' dimana saya belum dapat mencari suatu istilah khas ini dalam Bahasa Melayu.

Talent Pool adalah di mana sebuah syarikat mengumpulkan bakat-bakat yang ada di mana mereka melatih dengan pendidikan dan kemahiran yang benar-benar diperlukan oleh syarikat mereka dan mengambil orang yang dilatih bekerja dengan mereka kelak.

Ia adalah bertujuan supaya pekerja mereka benar-benar memenuhi keperluan kerja mereka dan mengelakkan sebarang salah padan (miss-match) yang sering berlaku antara pasaran graduan dan pasaran kerja.


PETRONAS adalah sebuah syarikat di Malaysia yang menjalankan 'Talent Pool' dengan Institusi Pendidikan dan Latihan sendiri, iaitu;
  1. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  2. Akademi Laut Malaysia (ALAM)
  3. Petronas Management Training Centre (PERMATA)
  4. Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP)
Selain daripada itu, terdapat juga program sponsorship Petronas sebagaimana berikut;
  1. Foreign University Sponsorship (untuk pelajar Malaysia belajar di luar negara)
  2. Universiti Teknologi PETRONAS Sponsorship (untuk pelajar UTP)
  3. Malaysian University Sponsorship (untuk pelajar Malaysia di universiti tempatan)
  4. Secondary School Scholarship (untuk pelajar sekolah lepasan UPSR dan PMR)

No comments:

Post a Comment